Tentang Kami

Solusi Kewangan Menyeluruh untuk Anda

Di Anani Advisor Sdn Bhd, kami yakin setiap individu layak menikmati kesejahteraan kewangan. Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan penyelesaian kewangan yang disesuaikan mengikut keperluan unik setiap pelanggan kami.

Anani Advisor Sdn Bhd

Latarbelakang Syarikat

Anani Advisor Sdn Bhd adalah syarikat yang memberi perkhidmatan didalam bidang pengurusan hutang dan kewangan peribadi secara holistik.
Syarikat ini telah ditubuhkan pada 13 April 2022 dan berpangkalan di Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Pada tanggal 1 Febuari 2024 kami secara rasmi membuka cawangan kedua, ‘Central Branch’ yang terletak di Putra Heights, Selangor.
Kami telah menganjurkan pelbagai program seminar, taklimat dan Latihan korporat dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran dan kecemerlangan didalam bidang kewangan
Setakat December 2023, kami telah berjaya membantu lebih 150 individu untuk penyatuan semula hutang untuk memberikan aliran tunai yang lebih baik.
Program latihan syarikat, mendapat kerjasama dan persefahaman yang baik daripada beberapa agensi kerajaan,universiti, syarikat swasta, usahawan dan individu persendirian
Tahun Pengalaman
0 +
Indnvidu Dibantu
0 +
Agen Berpengalaman
0 +

Perundingan Kewangan yang Anda Percaya

Memberi khidmat cemerlang mengikut kehendak individu dalam mengurus kewangan. Memartabatkan pengurusan dan perancangan kewangan sebagai satu gaya hidup setiap individu bagi memastikan kehidupan kewangan yang lebih baik dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

MISI KAMI

MATLAMAT & HALATUJU
Menjadi syarikat yang diiktiraf sebagai organisasi dipercayai dalam bidang pengurusan hutang dan perancang kewangan yang berterusan.

VISI KAMI

MATLAMAT & HALATUJU
Kadar Kejayaan
%

Berminat dengan perkhidmatan Kami?

Perunding Kami Boleh Membantu

Perunding kami boleh membantu anda dalam pelbagai aspek, termasuk memberi nasihat pakar, merangka strategi yang berkesan, dan menyelesaikan masalah yang kompleks untuk memastikan kejayaan perniagaan anda. Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menyeluruh untuk memenuhi keperluan unik anda.

Anani Advisor Sdn Bhd

Lembaga Pengarah

Teras Pengurusan Syarikat
FARID RAZALI

Chief Executive Officer

RUZAINI RUSLAN

Chief Operation Officer

FIFI NATASYA

Legal Advisor

Ahmad Afifi

Business Development Manager

AIMAN AMRAN

head of personal finance-i

Haziq Yazid

Head of Mortage

Farah Nabila

Sr. Assoc Mortgage

Aminuddin A. Khalid

Sr. Assoc Mortgage

salahuddin omar

head of takaful

Scroll to Top
FARID RAZALI
Farid Razali merupakan Ex-banker – Mortgage di salah sebuah bank terkemuka dan memiliki Diploma Business Management dan Sijil Professional Kewangan Islam. Lebih 4 tahun pengalaman dalam industri perbankan, menguruskan Syarikat dan merupakan Pengarah di beberapa buah syarikat IKS. Mempunyai kepakaran yang luas dalam Penstrukturan Hutang Individu sehingga berjaya.
RUZAINI RUSLAN
Ruzaini Ruslan merupakan seorang Ex-Manager di sebuah syarikat antarabangsa selama 6 tahun dan memiliki Diploma Pertanian dan Sijil Profesional Kewangan Islam. Mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang pengurusan. Mempunyai kepakaran yang cukup luas dalam bidang pengurusan dan pentadbiran syarikat korporat.
FIFI NATASYA
Fifi Natasya Jamaluddin adalah seorang peguam dan rakan kongsi utama di salah sebuah firma terbesar di Selangor iaitu Tetuan Tan Norizan & Associates dan mempunyai pengalaman selama 19 tahun dalam bidang hartanah. Pada awal karier, beliau merupakan peguam dalam bidang litigasi dan kemudiannya menukar bidang ke bahagian conveyancing dalam bidang hartanah. Seorang graduan dari UIAM dan beliau banyak menguruskan urusan bidang jual beli dibawah pembinaan (pemaju), subsale dan juga refinance. Beliau juga berpengalaman dalam menguruskan beberapa pinjaman yang luar dari kebiasaan antaranya:
Di samping itu, beliau juga sangat aktif dalam memberikan tips-tips berguna di dalam TikTok beliau iaitu Peguam Hartanah