Rakan Koperat
Kami menghargai hubungan yang kukuh dengan rakan koperat kami dan berusaha untuk menjalinkan perkongsian yang saling menguntungkan. Kami menyediakan pelbagai peluang kerjasama dan kerjasama yang bertujuan untuk memajukan kepentingan bersama. Sama-sama kita boleh mencapai matlamat koperatif dan memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan.
Rakan Stratergik
Usahama Bersama

TAN NORIZAN & ASSOCIATES
Firma guaman Tan Norizan & Associates adalah yang terbesar di Selangor dan mempunyai 70 orang peguam disokong oleh 92 staff sokongan dan 16 “pupils in chamber”. Pada mulanya firma ini terkenal dengan kepakaran dalam bidang hartanah dan kemudiannya menawarkan khidmat guaman dalam bidang perbankan dan kewangan, teknologi maklumat, korporat, jenayah dan undang undang keluarga.

RODZIAH AND COMPANY
Firma guaman ini ditubuhkan pada Mei 1997 dengan nama Rodziah Maniam & Company dan kemudiannya menukar nama kepada Rodziah And Company. Pada mulanya, firma ini mempunya dua cawangan. Satu di Kota Tinggi diuruskan oleh En. Subramaniam dan dibantu oleh enam orang staff sokongan. Cawangan kedua di Johor Baharu diuruskan oleh Pn Hajjah Rodziah dan dibantu oleh tiga staff sokongan. Pada masa ini, firma ini mempunyai 12 peguam berkelayakan dan dibantu oleh 39 staff sokongan.
ELIZ, ZAIN & KADARIAH
Ditubuhkan pada April 2006 dan menggabungkan peguam yang mempunyai pengalaman yang luas.
Gabungan pengalaman dan pengetahuan yang lengkap menjadikan Messrs. Eliz, Zain & Kadariah
sebagai firma guaman yang dipercayai
IBRAHIM & FUAADAH
Ibrahim & Fuaadah terletak di Sg. Buloh dan mempunyai 8 orang peguam. Ditubuhkan pada awal tahun
2008, firma ini menawarkan khidmat dalam hampir kesemua bidang guaman. Firma ini juga turut
mempunyai determinasi dalam menyediakan khidmat guaman yang agresif dan sesuai dengan
kehendak individu.
MOHD YUSOF ENDUT & ASSOC.
Mohd Yusof Endut & Assoc. memulakan operasi di Terengganu dan mempunyai 8 orang peguam. Firma ini ditubuhkan pada 17 April 1992 dan kemudiannya membuka cawangan di Subang Jaya, Selangor untuk memenuhi permintaan khidmat guaman yang semakin bertambah. Mohd Yusof Endut & Assoc. juga komited dalam menawarkan khidmat guaman yang terbaik dan dalam masa yang sama mengekalkan harga yang harga yang berpatutan.