Sesi Quarter Review di ibu pejabat Putra Heights menjadi medan untuk seluruh pasukan berkumpul, berkongsi pengalaman dan menilai perjalanan syarikat sepanjang suku tahun yang lalu. Setiap pengalaman ketika membantu pelanggan menjadi pembelajaran yang sangat bernilai untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pada masa hadapan.
Dalam bidang perundingan pembiayaan hartanah, setiap kes mempunyai cabaran yang berbeza. Ada pelanggan yang ingin mengurangkan kadar komitmen bulanan, ada yang ingin menyusun semula beberapa hutang kepada satu komitmen yang lebih mudah diurus, manakala ada juga yang merancang untuk menggunakan refinance sebagai sebahagian daripada strategi membina aset pada masa hadapan.
Sesi seperti ini juga menjadi ruang kepada para ejen berkongsi teknik membina kepercayaan pelanggan, memperluaskan networking dan menghasilkan lebih banyak peluang perniagaan secara beretika. Dengan semangat kerja berpasukan, kami sentiasa berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa.


