Refinance ialah proses menggantikan pinjaman rumah sedia ada anda dengan pinjaman baharu untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah, mengurangkan komitmen bulanan, atau mengeluarkan wang tunai lebih (cash-out) berdasarkan nilai semasa hartanah anda. Wang tambahan ini boleh digunakan untuk pelaburan, perniagaan, renovasi rumah, atau pendidikan.